Posts

Showing posts from June, 2021

Lab report matriculation Biology SB025

Image
Post kalini nak tunjuk cara untuk tulis lab report biology sem 2 ,,, bolehla korang tengok cara nak menulis discussion apa semua tu ,, harap membantu :) Experiment 1: Diversity of bacteria Lab report experiment 2 : Plant Diversity -  Pteridophyte and Bryophytes  Experiment 3: Cellular Respiration Experiment 9 : Biocatalysis See also : - Lab report Chemistry SK015

Lab Report matriculation Chemistry SK015

Image
Korang kena tekan tajuk experiment tu tau, nanti dia terus bukak dekat google drive Lab report experiment 5: Experiment 5 Chemical Equilibrium Lab report experiment 6: Experiment 6 pH measurement and it's application

Tips belajar online masa matrik

Image
Sejak-sejak zaman pandemik ni, semua orang , setiap lapisan terjejas, orang ramai kena buang kerja, hilang punca pendapatan, kedai makan tak boleh dine-in, satu masalah PALING BESAR ialah pelajar-pelajar terpaksa belajar online dekat rumah, even dekat matrik pun kena belajar secara hybrid(online campur face-to-face)..  Kenapa saya berani cakap ni masalah paling besar ialah kerana masalah ni sebenarnya boleh memberi kesan kepada masa depan seseorang student tu tak kiralah sama ada dia pelajar matrik, pelajar sekolah menengah yang nak ambil SPM,PT3,STPM,STAM etc. semua golongan ni terjejas teruk ye serius saya cakap kerana saya juga salah seorang yang experience benda ni.  Belajar online ni jauh beza dengan belajar f2f ye semua pembaca yang dihormati, saya bagi satu contoh lah, bayangkan ada seorang pelajar A ni dari sekolah dia memang fokus belajar dalam kelas, dia punya fokus dalam kelas tu, balik rumah dia tak perlu ulangkaji pun dia dapat perform masa ujian, jadi cubalah bayangkan bi

Persediaan sebelum masuk matrikulasi dan barang yang perlu bawak

Image
Okay, harini saya rasa nak share dengan pembaca-pembaca blog ni tentang persediaan-persediaan yang korang perlu lakukan sebelum melangkah masuk ke dunia matrikulasi dan apa barang-barang yang korang semua patut ada dekat kolej nanti. Pertama sekali Haruslah Al-Quran     Iye , yang pertama mesti al-quran, korang nak pegi mana-mana bawaklah senaskhah quran ni, jgn bawak je tak baca pulak, baca dua page setiap lepas solat tau, lagi banyak lagi bagus.... Dan barulah, dokumen-dokumen penting : 1.Slip pendaftaran 2.Borang akuan pelajar 3.Borang peribadi pelajar 4.Borang pendaftaran pelajar 5.Salinan ic pelajar, mak ayah 6.Borang akuan bebas dadah 7.Borang perjanjian pelajar 8. Salinan gambar 9.Sijil lahir **Korang kena pastikan segala jenis borang yang korang perlu bawak letak dalam satu fail susun ikut keutamaan. Contohnya paling depan letak slip pendaftaran. Borang yang kena sahkan, pastikan telah disahkan dengan betul eh korang,, kalau tak naya, pagi2 nak kena cari kedai print, mintak cop

7 Channel youtube lecturer-lecturer yang paling bagus untuk budak matrik sains modul I & III

Image
Harini aku nak share dgn korang semua link youtube madam/ sir/ dr/ cikgu yang aku rasa paling banyak berjasa kepada aku masa aku ada kat matrik dulu memandangkan waktu tu kita berkelas online aje manjang, memang cikgu-cikgu youtube ni lah yg menjadi penyelamat kepada keputusan pspm aku waktu tu.. mana taknya time nak dekat-dekat exam tulah kita baru terinsaf yg masa kita dah tak lama sebenarnya...  Satu lagi aku perasan kan, sebenarnya subjek dekat matrik memang boleh kata senang nak score kalau memang belajar betul-betul ikut apa yg pensyarah masing-masing suruh buat.. sesungguhnya aku berada dalam kalangan mereka yg telah rugi... kalau dapat putarkan masa balik, setahun kat matrik tu aku harap aku dapat belajar elok-elok... tapi menyesal kemudian dah tak guna geng.. ni list pensyarah youtuber yg korang patut subscribe Mathematics (sains) Channel Mix lecturer dari KMPk... channel ni kan, dia hanya mengumpulkan bahan-bahan video daripada lecturer dan kategorikan video-video tu semua me

Pengalaman belajar di matrikulasi semasa PKP [Pandemik ] (PART 1)

Image
Memandangkan result upu batch spm pro max dah nak keluar ni, mesti mengkome semua tgh dok cari2 pengalaman2 budak2 sebelum ni sambil mengenang nasib sepanjang pkp ni kan.. Saya ni cuma boleh tolong share sikit2 je la pengalaman sepanjang setahun di matrik Perak ni.   Saya baru sahaja menamatkan sesi pengajian dua semester (SDS) sesi 2020/2021 di kolej matrikulasi Perak (KMPk) yang terletak di utara tanah air. Dengar cerita batch mula budak pro max ni dah tak ada ambilan dua tahun, tak tau la betul ke tidak sbb matrik memang suka sangattt bagitau benda last2 minit, lol... Ini view kolej kediaman seri intan dari aras 4 Batch kitorang adalah batch yg pertama selepas pkp yang first dulu.. tarikh kitorang daftar 4 Ogos 2020.. blok kediaman lain dapat tarikh lain2,  seri teja - 3/8/2020 seri intan - 4/8/2020 seri kerian - 5/8/2020 dua lagi blok lelaki tak silap - 6/8/2020   gini lah slip yg korang akan dapat nanti bila dah daftar secara online nanti...  yg gambar2 dekat bawah ni pulak suasan