Pengalaman belajar di matrikulasi semasa PKP [Pandemik ] (PART 1)

Memandangkan result upu batch spm pro max dah nak keluar ni, mesti mengkome semua tgh dok cari2 pengalaman2 budak2 sebelum ni sambil mengenang nasib sepanjang pkp ni kan.. Saya ni cuma boleh tolong share sikit2 je la pengalaman sepanjang setahun di matrik Perak ni.
 
Saya baru sahaja menamatkan sesi pengajian dua semester (SDS) sesi 2020/2021 di kolej matrikulasi Perak (KMPk) yang terletak di utara tanah air. Dengar cerita batch mula budak pro max ni dah tak ada ambilan dua tahun, tak tau la betul ke tidak sbb matrik memang suka sangattt bagitau benda last2 minit, lol...



Ini view kolej kediaman seri intan dari aras 4

Batch kitorang adalah batch yg pertama selepas pkp yang first dulu.. tarikh kitorang daftar 4 Ogos 2020.. blok kediaman lain dapat tarikh lain2, 
seri teja - 3/8/2020
seri intan - 4/8/2020
seri kerian - 5/8/2020
dua lagi blok lelaki tak silap - 6/8/2020

 
gini lah slip yg korang akan dapat nanti bila dah daftar secara online nanti... 



yg gambar2 dekat bawah ni pulak suasana masa budak2 angkut barang2.. 
ha, fyi, hanya pelajar SAHAJA ye yg boleh masuk blok.. so angkutlah barang2 korang semua tu .. makcik2 cleaner yg baju merah biru tu tolong tolak sampai tangga je dik oii, engkau ler yg kena hangkut segala luggage mak nenek yg korang bawak tu..
Kalau korang macam blur-blur tak ada idea nak bawak apa nanti time nak masuk, ni ha saya ada buat checklist untuk korang, barulah nanti tak kelam kabut sebab lupa beli ini, lupa bawak itu .. 

 
yg ada 2 khemah tu blok kerian,, paling dekat dengan kafe


 


 
ha nampak jln tu tak? sekarang ni dah berturap dah tapi kurus jelah , nak selisih kereta pun muat tak muat je..

hah gini lah rupa jalan tu lepas diturap dua kali...


 
tempat korang berlaundry nanti.. yg hujung putih tu dryer, setiap washing machine byr rm2.00 untuk 33 minit.. tapi kebanyakkan penduduk di aras tinggi lebih gemar mencuci baju dgn tgn jer.. lagipun jimat n tak perlu nak menghangkut naik turun baju2 tu semua.. buatlah pilihan anda, jadilah pengguna bijak👍🏻

 
yg dekat bawah tu ampaian untuk budak yg duduk bawah sekali

 
nampak tak palang hitam depan pintu tu, ha tu la penyidai yg korang akan guna kongsi 3 bilik lak tu,, pepandai la kome buat jadual laundry.. ada org dia pegi jemur kat depan bilik2 kosong sbb situ lebih banyak matahari.. so terpulang kat korang lah nanti.. lagi satu,, bawak2 lah guna hanger bila nak sidai baju tu .. jgn makan ruang byk sgt gituh...

bila korang dah siap2 kemas bilik, cuci lantai yg hitam, cuci kipas, sarung cadar katil, sangkut baju2, lap tingkap, susun buku ape semua, korang akan dapat pengumuman drpd ajko yg bertugas, masa kitorang dulu, speaker blok rosak, so kesian kat ajko2 dok terjerit terpekik terlolong suruh korang siap pegi masjid untuk solat asar berjemaah, ada jugak segelintir yg dah dpt mesej drpd group wasep/telegram awal2... 

mesti korang nak tahu pasal orentasi kan? ha specialnya batch covid ni, Minggu Pengurusan Pelajar Baru diadakan lain dari tahun- tahun sebelum ni, yelah sebab kena jaga sop kan, kalau tak habis la ada kluster budak matrik , tak ke naya nanti... so tak ada lah ice breaking, duduk dalam kumpulan tu semua, berita baik untuk orang introvert... hehehhe



 


suasana jemaah di masjid al maghfirah, time ni boleh la pelajar perempuan jemaah tempat lelaki sebab pelajar lelaki belum daftar lagi, lusa baru diorang daftar... sepatutnya perempuan tempat diorang kat tingkat atas masjid



kemudian, esokknya korang akan dengar taklimat tentang program korang, diorang akan bahagikan mengikut aras blok masing-masing ,, lecture hall 1, aras sekian-sekian, lecture hall 2,3,4,5 aras lain pulak... ucapan daripada pengarah kan, korang akan dengar yang rakaman lah kalau bukan hari yang pertama daftar, sebab dia akan rakam ucapan yang hari pertama dan ulang ucapan yang sama untuk hari yang seterusnya daftar, hahaha agak lawak sikit, luls







haa, makanan disediakan masa taklimat tu nanti, ada nasi goreng tomyam, bihun, kue tiau

lepas taklimat tu dah habis, korang free lah nak buat ape pon, balik bilik ke, ronda kmpk ke, pegi makan kat kafe ke walaupun korang tu dalam tempoh kuarantin sebenarnya, hahahhaha.. aku balik bilik tidor sebab aku tahu bila dah start kelas nanti, homework nanti keliling pinggang tu yang aku manfaatkan waktu tidur sepenuhnya tu, hahahah (korang janganlah tiru perangai ni ye, pegi study tengok youtube chapter satu setiap subject baru tak terkejut macam apa yang jadi kat aku nanti) huhu menyesal..

kenapa aku kata tengok dan belajar dekat youtube? sebab korang mana ada bahan nak rujuk weh, nak pegi beli lecture note kan, dah macam nak beli tiket bola sepak geng, panjang dia tak dibuat-buat.. yela, bayangkan ribu lebih student nak beli benda yang sama dekat kedai buku yang saiz dia sama besar dgn bilik asrama korang tu je, mana maunye nak menampung permintaan student yang ramai gitu, lagi-lagi hari yang kelas dah nak mula, mau tak jadi tiket bola kauu,,, 





paling menyakitkan, bila korang dah nak sampai pintu kedai tu, lepastu pekerja dia keluar kata lecture note untuk hari ni dah habis, gila weh menyirap darah,bila pikir sampai sekarang sakit dia.. berjam-jam kita tunggu tapi hampa.. ada la cerita pasal ni dekat senior lepas, rupanya diorang pun sama jugak, masalah yang sama untuk setiap kali mula sem.. taktau la apa nak kata.. tapi tu semua jadi pengalaman la buat kitorang semua, beratur lama-lama, sembang-sembang...


berhenti kejap,, korang nak ke part 2,3,4 dan seterusnya? kalau nak boleh komen, kalau awak malu boleh komen sebagai anonymous ...InsyaAllah saya usahakan untuk menulis lagi.. lagi satu jagan lupa share dgn adik-adik dan kawan-kawan ye..
Terima Kasih

 :See also




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lab report matriculation Biology SB025

7 Channel youtube lecturer-lecturer yang paling bagus untuk budak matrik sains modul I & III