Tips belajar online masa matrik

Sejak-sejak zaman pandemik ni, semua orang , setiap lapisan terjejas, orang ramai kena buang kerja, hilang punca pendapatan, kedai makan tak boleh dine-in, satu masalah PALING BESAR ialah pelajar-pelajar terpaksa belajar online dekat rumah, even dekat matrik pun kena belajar secara hybrid(online campur face-to-face).. 


Kenapa saya berani cakap ni masalah paling besar ialah kerana masalah ni sebenarnya boleh memberi kesan kepada masa depan seseorang student tu tak kiralah sama ada dia pelajar matrik, pelajar sekolah menengah yang nak ambil SPM,PT3,STPM,STAM etc. semua golongan ni terjejas teruk ye serius saya cakap kerana saya juga salah seorang yang experience benda ni. 


Belajar online ni jauh beza dengan belajar f2f ye semua pembaca yang dihormati, saya bagi satu contoh lah, bayangkan ada seorang pelajar A ni dari sekolah dia memang fokus belajar dalam kelas, dia punya fokus dalam kelas tu, balik rumah dia tak perlu ulangkaji pun dia dapat perform masa ujian, jadi cubalah bayangkan bila si A ni kena belajar online, ok mula-mula log masuk email kemudian masuk google meet cikgu,( belah cikgu belum kira lagi masalah diorang tersendiri, kurang bahan online, tak ada pen untuk menggantikan papan tulis, byk lagi lah) kita cerita masalah student ye, ok, masalah pertama dia mungkin hadapi ialah masalah internet, sikit-sikit tersangkut, bayangkan tersangkut 10 saat, cikgu tangah explain satu soalan, kita pulak terhilang 10 saat tu, point yang cikgu nak sampaikan tu hilang, memang takkan lah kita dapat faham , hilang tumpuan kepada point semasa sebab cuba meneka point yang hilang lagi..

Ok moving on kepada masalah kedua ialah masalah penglihatan yang terhad, kita letakkan diri kita dekat pelajar yang guna smartphone, PC, laptop, tab.. awak rasa, si pelajar A ni dapat ke bagi tumpuan sama macam dia beri dalam kelas? kalau dalam kelas dia paksa diri dia tahan ngantuk untuk fokus sebab cikgu pandang murid-murid dia, tapi ni dekat telefon pintar yang kecik tu, dengan tak ada orang yang pantau, boleh sambil baring-baring ,, kemana pergi ilmu tu semua, memang kelaut dan mimpi jelah ilmu-ilmu tu... T_T

Lepastu belum cerita pasal quota internet lagi, sekarang ni, nak beli internet bukannya murah, tiap bulan dalam RM30-RM50 tu mesti, ni untuk satu peranti, kalau ada banyak? guna lah wifi, ok pakai wifi, dahtu tiap bulan la nak bayar ratusan ringgit untuk kelajuan internet yang tah ape tu, nak harap telefon pintar percuma bantuan kerajaan? cukuplah dah ada seorang budak yang telefon dia dah meletup sebab syarikat yang sediakan bantuan tu bagi telefon yang spesifikasi dia langsung tak sesuai untuk kelas online yang lama, ram 2gb nak pakai buat google meet? usahlah berangan

oklah cukup dengan semua masalah tu, kita bising-bising pun bukannya ada orang yang akan selesaikan semua masalah ni selagi kita sendiri tak berubah kan, jadi, tips yang pertama yang saya boleh kongsi dengan korang yang sudi baca blog ni ialah:

1.Tengok bahan youtube 

Korang semua boleh tengok youtube mengenai topik-topik yang kita dah belajar masa kelas online. Sebab dekat youtube, berlambak lagi ilmu yang sama tapi dengan penyampaian yang lebih menarik, kalau korang budak matrik, mana-mana matrik pun tak apa, saya dah sediakan sedikit list channel lecturer yang ada buat video mengenai silibus di matrik dengan cara penyampaian yang jauh lebih menarik dan mudah difahami , list tu korang boleh tengok dekat SINI ye geng...

2. Banyakkan berhubung dengan lecturer/cikgu/dr 

Berhubung? macam mana tu? Tak kisah macam mana pun, sekarang ni kan ada macam-macam aplikasi, contohnya whatsapp, telegram, google classroom... korang manfaatkanlah semua tu.. Cara ni saya pikir antara cara yang paling berkesan sebab bila kita banyak bertanya dengan guru, mestilah kita betul-betul dah ambik tahu pasal apa yang kita nak tanya tu kan, jadi secara tak langsung, kita dah berusaha nak tahu apa jawapan sebenarnya tapi tanya cikgu tu cara terakhir yang kita ada.. jadi, rajin-rajinkan diri mesej guru tu..

Saya teringat ada sorang madam saya yang nama dia Madam Noraini,, dia ajar saya dengan classmate subjek sains komputer tau, madam yang terbaik pernah saya ada ,, betul-betul terbaik lah, sebab apa? sebab dia pernah cakap dekat kami sekelas yang kalau kitorang ada soalan apa-apa, kitorang patut whatsapp saja dia, dia tak kisah pukul berapa pun tak apa, pernah lah satu hari tu saya ada mesej madam pukul 12 malam pasal assignment sains komputer, tak lama lepastu madam aini tetap balas pertanyaan saya! memang waktu tu saya takde lah berharap boleh dapat jawapan malam tu jugak, tapi bila jadi macam ni , buat saya jadi sedar yang memang ada guru yang betul-betul ambil berat pasal students dia.. tak kira lagi berapa banyak soalan yang saya sorang tanya, campur classmate lagi, campur kelas-kelas lain yang dia ajar!... Banyak lagi lah benda-benda yang madam ni pernah buat yang sampai dia dapat title madam terbaik tu, saya doakan madam aini sentiasa diberi kesihatan yang baik disamping bahagia bersama keluarga yang disayangi...

Madam aini pernah bagitahu kami yang bertanya guru itu ialah memang hak bagi seorang pelajar , pelajar mempunyai hak untuk bertanya tentang apa-apa yang dia tak tahu dan dah jadi tanggungjawab seorang guru untuk memberikan jawapan kepada murid dia, dia cakap pasal keberkatan ilmu, gaji yang dia dapat semua. huu time madam tu cakap camtu, meremang kejap bulu roma sebab memang cara dia cakap tu, memang datang daripada hati dia.. boleh beza tau lecturer yang betul-betul care pasal student dengan lecturer yang, janji dia dah ajar, sampaikan ilmu, balik rumah pastu dapat gaji... lagi satu pasal madam tu, dia dulu merupakan seorang yang bukan calang-calang tau, dia dulu jadi programmer tau, tapi dia berhenti dan apply jadi lecturer dekat matrik,, huu respect betul madam tu..

**Disclaimer: Nak tanya / mesej guru tu pastikan beradab dan mulakan mesej dengan perkenalkan diri , pernah dulu saya mesej madam sorang ni kan, lepas dia beri jawapan, dia pesan "Please don't messages me personally" jadi dekat sini nak bagi tahu, bukan semua cikgu kita selesa bila kita mesej mereka secara personal,, ada lecturer yang suruh mesej dekat group, ada yang tak akan layan bila mesej dekat group, ada yang tak kisah mana-mana.. jadi koranglah yang kena mulakan first step untuk kenal gaya lecturer tu sendiri...


Comments

Popular posts from this blog

Lab report matriculation Biology SB025

7 Channel youtube lecturer-lecturer yang paling bagus untuk budak matrik sains modul I & III