Tadabbur Rumput

 🌱Kita hari2 akan nampak tumbuh tumbuhan, rumput2 dekat sekeliling kita kan, tapi pernah ke kita ternampak yg rumput2 tu bergerak berubah tempat dari satu tempat ke tempat lain dgn sendirinya? 🌱


Kalau ikutkan memang tak logik lah kan sebab memang tumbuh tumbuhan ni tak diberikan nikmat untuk bergerak / berjalan... paling2 pun pokok akan menjalar tapi tu pon ambil masa yg lama lah.. 


Berbeza lah dgn manusia, kita memang dikurniakan nikmat untuk bergerak menggunakan kaki, ada mata untuk melihat arah


هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولًا فَٱمۡشُواْ فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦ ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ



"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."


(al-Mulk 67:15)


Jadi sejauh manakah kita telah menghargai nikmat berjalan2 pemberian Allah ni?


Adakah kita telah menyalah gunakan nikmat ni ataupun kita memang gunakan untuk tujuannya yg betul iaitu melakukan tujuan hidup kita?


kalaulah pokok2 rumput2 sekeliling kita ada perasaan dan kita boleh dengar dia bercakap, mesti kita akan kena marah dan kena tegur je selalu sebab kita main2 dan ambil ringan je perintah Allah yg suruh kita buat tujuan hidup kita as manusia (bukan pokok) di dunia ni.

" maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya "

Comments

Popular posts from this blog

Lab report matriculation Biology SB025

7 Channel youtube lecturer-lecturer yang paling bagus untuk budak matrik sains modul I & III