Cara Lengkapkan Dokumen Perjanjian MARA TESP 2021

 Assalamualaikum gaiss,

Sempena MARA dah buka intake baru 2022 untuk Mara Tertiary Education Sponsorship Program (TESP) kali ni, saya nak kongsi lah dengan korang semua yang ada mohon pinjaman ni berkenaan cara-cara nak lengkapkan Softcopy perjanjian ni daripada nak submit softcopy sampai ke proses nak post atau hantar hardcopy ke pihak MARA. Tapi dalam post ni kita cerita pasal Softcopy dulu lah yee..

Okay, mula-mula untuk softcopy, korang pastikan setiap helai salinan yg kat bawah ni korang scan atau snap pakai apa-apa apps. Contohnya camscanner pon boleh, make sure snap/scan elok-elok tak ada lah pening orang yang nak uruskan dokumen korang tu nanti. Contohnya macam slip gaji tu, korang bagilah jadi straight senang nak tengok.. Tak ada lah terteleng-teleng kepala orang yang nak tengok tu 😂😂



1.Salinan kad pengenalan a.k.a IC pemohon

2.Salinan sijil lahir a.k.a surat beranak pemohon. Kalau ada Sijil Pengangkatan ha bagi jugak 

3.Salinan surat tawaran universiti atau institusi yang korang dapat tawaran tu.

4.Struktur yuran kalau ada dekat surat tawaran / dekat buku panduan universiti korang 

5.Pengesahan tempoh mula dan tamat pengajian (ni bergantung dekat u masing-masing nak dapat dari mana, kadang ada u yang kena email dulu, ada yang ambil dari portal u.. ikut kesesuaian korang)

6. Salinan sijil-sijil akademik waktu sek menengah (sijil SPM tu) 

7.Salinan sijil / scroll / transkrip akademik time STPM, Matrik, STAM, Diploma, Asasi, Poli, dll mana-mana yang peringkat pengajian tertinggi yang korang pernah ambil.

Untuk yang dah habis beberapa semester dan baru nak memohon, korang hantar korang punya result semester yang ada CGPA paling latest. 

8.Bagi pemohon yang bekerja, boleh bagi salinan Slip gaji yang majikan dah sahkan 

9.Penyata BE bagi pemohon yang bekerja (pendapatan bercukai) dan disahkan majikan.. boleh cari dekat portal LHDN 

10.Salinan IC ibu DAN bapa /penjaga

11.Salinan surat beranak ibu DAN bapa  / penjaga

12.Salinan Slip Gaji terkini ibu DAN bapa / penjaga yang disahkan majikan 

13.Penyata pencen bagi ibu dan bapa / penjaga yang sudah bersara

14.Surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa / penjaga yang bekerja sendiri atau tidak bekerja. Disahkan Pegawai Kumpulan A. Boleh ambil di pejabat penghulu ataupun buat sendiri sahaja. TEKAN >>SINI<< untuk download template 

15.Sijil Kematian / penceraian  dan sijil pernikahan (bagi ibu bapa tiri)

16.Surat Pengesahan Pengajian daripada Uni atau institusi masing-masing.. (kena cari ikut Uni masing-masing)


Ok, sekarang masa untuk submit softcopy.. Ni korang make sure submit betul-betul supaya tak senasib  macam saya 

Sebabkan salah ni, saya punya permohonan kena masuk ke semakan kedua.. Ambil masa lamaaa tu nak di proses.. 

Cara nak submit nya, korang kumpul setiap salinan yang ada tu dalam pdf satu-satu.. kiranya ada berbelas-belas pdf yang akan dihantar dalam bentuk yang zip.. Setiap pdf tu korang zipkan.. Dan submitlah file zip tersebut.. Pastikan tak corrupt file korang tu yee.. Rugii tauu

Jangan sekali kan semua salinan tu dalam satu pdf macam yang saya buat.. huhuhu

Lepastu korang bersabar je lah sampailah status korang jadi macam ni:

"softcopy telah diterima"

lepastu

"Penerimaan Tawaran" 
(Kalau dah dapat ni tahniah! InsyaAllah permohonan korang lulus dah tu)




Last but not least, lepas korang dah dapat surat tawaran semua tu, Bermulalah proses yang lebih complicated iaitu lengkapkan Hardcopy... 

InsyaAllah Saya akan sambung proses lengkapkan hardcopy dalam entry seterusnya.

Kalau korang ada apa-apa soalan pasal proses ni semua jangan segan untuk tanya saya yerr...Kalau segan komen je sebagai anonymous pon bolehh










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lab report matriculation Biology SB025

7 Channel youtube lecturer-lecturer yang paling bagus untuk budak matrik sains modul I & III